Pages

Monday, October 23, 2017

PUDDING KASTAD VANILLA


Vanilla Custard Pudding ini adalah basic pudding yang boleh diolahkan mengikut citarasa kita, ia cukup versatile dan boleh digabungkan dengan apa jenis bahan sekali pun. Boleh dimakan bersama fresh krim dan cokolata sos, mangga strawberry, karamel butterscotch dan apa jua pun mengikut selera kita.

Pudding ini paling sedap kalau dapata dimasak menggunakan vanilla bean, nyata ia menaikkan aroma rasanya


Pudding Vanilla

Yield: - lebih kurang 6 bekas kecil
Pudding Vanilla ringkas yang sesuai dimakan bersama fresh krim dan apa-apa jenis topping

  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan gula
  • 3 cawan santan
  • 2/3 cawan susu cair atau susu segar
  • seketul kecil gula batu ~ optional
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1sdt vanilla
Cara Menyediakannya


  1. Satukan semua bahan dan gaul rata
  2. Kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan berkilat anggaran 25 minit
  3. Sediakan bekas kecik dan bilas dengan air
  4. Tuangkan adunan puding dan ratakan
  5. Sejukkan dan hidang bersama fresh krim dan chocolate sos



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Sunday, October 22, 2017

    TAHU TELUR MASIN


    Pertama kali mendengarnya mungkin rasa agak pelik tetapi bila dan merasanya pasti akan suka lebih-lebih lagi bila tofu ini disalut breadcrumbs dan digoreng kekuningan.. Menyediakannya memang cukup mudah dan rasanya juga unik.

    Menu ini sesuai dimakan bersama nasi panas-panas.


    Tofu Telur Masin

    Yield: - lebih kurang 5 orang makan
    Tahu Goreng Telur masin ini ranggup dan sedap dijadikan lauk

    • 5 ketul tauhu dipotong berbentuk kiub
    • 2 sudu besar tepung ubi
    • 2 biji putih telur ayam
    • biji kuning telur masin
    • Cebisan roti
    • Minyak
    • Daun bawang

    Cara-cara:


    1. Salut tauhu dengan telur ayam, tepung ubi dan serbuk roti.
    2. Panaskan minyak
    3. Goreng tauhu tersebut sehingga kekuningan dan toskan minyak.
    4. Kemudian lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit minyak sayur.
    5. Panaskan kuali semula
    6. Masukkan kuning telur masin dan daun bawang.
    7. Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah ditos tadi dan gaulkan sehingga rata.



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


    Thank  You.-

    Saturday, October 21, 2017

    ALMOND SUGEE CAKE


    Serious kek ini memung sedap, membuatnya juga unik lain dari cara membuat kek biasa. Kek yang siap dipukul gebu diperap dalam fridge selama dua jam baru dimasukkan kuning telur dan putih telur secara berasingan

    Tektur kek memang berat, rasanya pula lemak mungkin kerana banyak kegunaan serbuk badam didalam. Kek yang siap di frost dengan buttercream...memang mantop sebagai juadah minum petang.

    Resipi ini adalah 100% adaptasi dari cooking channel http://themeatmen.sg/almond-suji-cake/ 



    Almond Sugee Cake

    Yield: - lebih kurang 1 loyang 8"

    • 250g butter
    • 180g castor sugar
    • 50g plain flour
    • 120g semolina
    • 120g ground almonds
    • ½ tsp vanilla paste or essence
    • 6 egg yolks
    • 2 egg whites

    Butter icing:


    • 150g butter
    • 300g icing sugar
    • 2 tbsp milk

    Steps:

    In a mixing bowl, cream butter and castor sugar until light and fluffy.

    Fold in plain flour, ground almonds and vanilla paste or essence. Cover and let it rest for at least 2 hours, but not more than 6 hours.

    Preheat oven to 180C. Grease and line 1 20cm square baking pan.

    Add egg yolks to the rested mixture and mix well.

    Set batter aside.

    In a clean bowl, whisk egg whites until soft peaks form. Fold beaten egg whites into batter.

    Pour batter into prepared baking pan and bake for 30 minutes or until a skewer inserted into the centre of cake comes out clean.

    Leave cake to rest in pan for 10 minutes before removing to cool completely on a wire rack.

    Prepare butter icing. Beat butter in a large bowl until softened. Add half of the icing sugar and beat until smooth. Add remaining icing sugar and milk and beat until mixture is smooth and creamy.

    Spread butter icing over top of cooled cake,. Slice and serve.

      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


      Thank  You.-

      Thursday, October 19, 2017

      TALAM MAKARONI BAKAR BERLAUK


      Talam ini ibarat cinta pandang pertama, ha...ha pertama kali tenguk Chef Wan membuatnya terus jatuh cinta dan keesokan harinya terus membuat, kebetulan semua bahan yang diperlukan ada. Talam ini dilapisi makaroni dan daging kisar. Pedas dan lemak cukup sesuai buat minum petang atau buat sarapan pagi

      Sedap dihidang panas-panas bersama sos cili



      Talam Makaroni Berlauk

      Yield: - lebih kurang  12 biji
      Talam Makaroni Berlauk resipi Chef Wan ini memang sedap, makaroni dilapisi dengan filling daging
      Bahan-bahan untuk membuat inti :

      ● 350 gm daging kisar (dicincang halus)
      ● 3 sudu besar rempah kari daging
      ● 3 ulas bawang putih (dikisar)
      ● 2 cm halia (dikisar)
      ● 1 bawang besar (dipotong)
      ● 1 tangkai cili merah (dicincang)
      ● 1 genggam daun ketumbar (dipotong)
      ● 2 sudu besar marjerin Amor
      ● Sudu & garam untuk rasa
      ● ¼ cawan stok ayam/daging
      ● 3 daun bawang (dihiris halus)

      Cara memasak inti :

      1. Panaskan marjerin  dalam kuali. Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih.
      2. Apabila sudah nampak kuning dan wangi, masukkan cili, daging kisar dan rempang kari daging pula. Gorengkan daging sehingga garing.
      3. Letakkan daun bawang dan daun ketumbar. Taburkankan garam dan gula untuk rasa. Teruskan masak selama 10 minit sehingga daging kering.
      Bahan-bahan untuk membuat kastad :
      ● ¾ cawan tepung serbaguna
      ● 3 cawan susu
      ● 5 biji telur (dipukul)
      ● Garam dan lada sulah untuk rasa
      ● 150 gm marjerin  (dicairkan)
      ● 5 tangkai daun bawang
      ● 1 cawan bawang goreng

      Cara penyediaan kastad:

      1. Dalam mangkuk besar, masukkan telur lalu pukulkan telur tersebut dengan sedikit garam. Kemudian, masukkan marjerin , dan tepung. Pastikan adunan tidak bergumpal.
      2. Seterusnya, masukkan susu sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung tadi. Jangan terlalu cair.
      3. Akhir sekali masukkan daun bawang.

      Bahan-bahan lain:
      ● 250 makaroni (direbus)

      Cara penyediaan kastad daging berempah :

      1. Masukkan sebahagian daripada kastad ke dalam acuan yang telah digris dengan marjerin terlebih dahulu.
      2. Letakkan makaroni rebus ke dalam acuan dan taburkan sedikit bawang goreng ke atasnya. Masukkan inti daging pula lalu tuangkan kastad ke atas nya.
      3. Bakar pada suhu 180 darjah selsius dalam 20 minit. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di keluarkan. 


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


      Thank  You.-

      TRAY FISH N CHIPS


      One dish meal yang tidak perlu pengenalan. Menu sedap ini boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan putih digoreng cara celup tepung atau cara disalut dengan breadcrumbs dan dihidang bersama potato chips, tartar sos dan coleslaw. Untuk mudah biasanya kita guna frozen dory yang boleh didapati di mana-mana mart tetapi untuk sedap pastinya ikan fresh seperti red snapper atau jenahak. Kalau ini biasanya saya akan minta tolong penjual ikan filletkannya.

      Fish N Chips ini sedap dimakan panas-panas bersama perahan lemon




      Fish N Chips

      Yield: - lebih kurang 2 orang makan
      One dish meal yang boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan di goreng cara celup tepung dimakan bersama potato chips dan tartar sos

      • 2 ikan dori sederhana besar
      • serbuk lada hitam
      • garam
      • tepung gandum secukupnya

      Cara perap:

      1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
      2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
      3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.
      Bahan batter/adunan:

      • 1 cawan air
      • 1 biji telur
      • 1/4st soda bikarbonat
      • serbuk kunyit
      • garam
      • tepung gandum secukupnya
      Cara:

      1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
      2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
      3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
      4. Sedia dihidang dengan kentang goreng  coleslaw, lettuce, dan tomato segar.



      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


      Thank  You.-

      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...