Pages

Thursday, May 04, 2017

PECAN BUTTERSCOTCH CAKE


Its my 56th birthday....happy birthday to me...ha..ha I baked my own birthday cake, my favourite Pecan Butterscotch cake. Not only its my favourite but also one of my most popular cakes, this light butter cake has three layers of tender butter cake with cream cheese caramel frosting 

It is so moist and so flavorful, it'll knock your socks off.   The cream cheese butterscotch frosting along with the pecans make it purely fabulous. Super easy to prepare and a gorgeous centerpiece on your dessert table and obviously a keeper



Pecan Butterscotch Kek

    Bahan A
    • 250 gm mentega
    • 1 cawan gula kastor
    • 1/2 cawan gula perang
    • 1 sdt vanilla
    • 5 biji telur gred A*
    • 2 sdb butterscotch


    Bahan B
    • 3 cawan tepung superfine
    • 1 tbs + 1 tsp baking powder


    Bahan C
    • 1/2 cawan susu penuh krim
    • 3/4 cawan yogurt


    Cara:
    1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan 3 loyang bulat 8", griskan dengan mentega dan alas dasar acuan dengan baking paper.
    2. Satukan mentega dan gula putar sehingga kembang dan gebu.
    3. Masukan telur   sebiji demi sebiji hingga habis
    4. Masukkan esen vanilla dan karamel  Putar lagi sehingga sebati dan perlahan mixer
    5. Masukan Bahan B dan C berselang seli
    6. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 30-35 minit.Bila dah masak,telangkupkan selama beberapa minit agar kek tidak mendap.Terbalikkan semula dan lorekkan tepinya dengan pisau dan keluarkan kek.Biarkan ia sejuk.

      
    KACANG KARAMEL



    • 1 1/2 cawan kacang pecan

    • 80gm gula perang
    • 2 sudu besar madu


    Cara:
    1. Panggan terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170'C selama 15 minit.
    2. Masukkan gula perang ke dalam periuk
    3. Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api sederhana
    4. Jangan sampai gula hangus.Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin.
    5. Kemudian masukkan kacang yang telah dipanggang tadi.
    6. Gaul rata dengan segera.
    7. Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper.
    8. Biarkan ia sejuk dan mengeras.Bila kacang telah sejuk dan keras,cincang sedikit.Ketepikan.

    CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING
     
    • 340g mentega tanpa garam
    • 1 1/2 cawan gula perang
    • 1 cawan whipping cream/heavy cream/thick cream
    • 1/2 sudu kecil garam
    • 580gm cream cheese-dilembutkan
    • 1/2 cawan gula icing-diayak
    • 1 sudu teh esen vanilla

    Cara:
    1. Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil.
    2. Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair.
    3. Kemudian masukkan gula perang.Masak hingga gula melarut.
    4. Selepas itu masukkan garam dan whipping cream.
    5. Kacau hingga ia licin dan berkilat.
    6. Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya. 
    7. Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim.
    8. Tambahkan butter yang selebihnya tadi (butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
    9. Terus putar hingga adunan lembut,licin dan berkrim. 
    10. Masukkan cream cheese butterscotch frosting ke dalam piping bag,ini bertujuan untuk memudahkan
    11. kita meratakan cream atas kek kita nanti.
    12. Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit.
     

    BUTTERSCOTCH SAUCE
     
    • 2/3 cawan gula perang
    • 6 sudu besar mentega-potong kecil
    • 1/2 cawan corn syrup
    • secubit garam
    • 1/2 cawan heavy cream/whipping cream

    Cara:

    1. Masukkan gula perang,mentega,corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api sederhana sehingga gula melarut.Tambahkan heavy cream.Masak hingga pekat.Sejukkan.

    Cara Menyiapkan kek

    1. Letakkan  sekeping atas lapik kek
    2. Kemudian letakkan butterscotch sauce
    3. Ratakan pada keseluruhan permukaan kek.
    4. Kemudian ambil kacang karamel yang telah kita cincang2 tadi.
    5. Taburkan atas permukaan kek kita itu.
    6. Selepas itu,dengan menggunakan piping bag yg kita telah isikan cream cheese butterscotch frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita.Ratakan.
    7. Ambil sekeping lagi kek,lapisan kek yg ke 2.Sapukan dg butterscotch sauce,kemudian terlangkupkan atas krim tadi.
    8. Ini bermakna,lapisan kek yg kedua diletakkan butterscotch pd kedua2 belah.
    9. Akhir sekali kita salutkan atau lepa kek kita tdi dengan lebihan cream cheese butterscotch frosting.
    10. Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras.
    11. Kemudian bolehlah deco kek mengikut kreativiti masing-masing.
      Notes

      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

      Thank  You.


      You Might Also Like These

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...